Sejarah Sekolah



Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kabota (SMK) Tawau diwujudkan pada 12 Jun 1995 sebagai cawangan S.M.K Kuhara, Tawau. Bangunan yang disediakan adalah 3 blok projek kilat dengan 12 bilik darjah yang telah diubahsuai. Dari segi tenaga pengajarnya, pada peringkat awal penubuhannya rata-rata semuanya adalah guru sandaran tidak terlatih. Namun demikian mereka telah mempamerkan mutu kerja yang terpuji sempena lawatan Dato Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Hasbullah bin Taha telah memberi satu penghargaan yang tinggi terhadap sekolah ini. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 43 orang guru dan 6 orang kakitangan sokongan.


Penghargaan Dato Pengarah inilah menjadikan satu suntikan untuk menggerak dan memandu warga SMK Kabota Tawau ke arah menjadikannya di antara salah satu Sekolah Menengah Kebangsaan yang terbaik di daerah Tawau.





No comments:

Post a Comment